[/] Selamat kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2017! [/] Pendaftaran dan penempatan kelas sesi persekolahan 2017 tingkatan 3 dan 5 pada 29 Disember 2016 (8.30 pagi - 10.00 pagi) di kelas masing-masing. [/] Pendaftaran dan penempatan kelas sesi persekolahan 2017 tingkatan 2 pada 29 Disember 2016 (10.30 pagi - 12.00 tengah hari) di kelas masing-masing. Penyerahan buku teks akan dibuat pada hari tersebut.

Sejarah Sekolah

SMK Batu Muda (SMKBM) telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan keluasan 2.1 hektar. SMKBM yang terletak di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur merupakan sekolah kerajaan Gred B dan SMKBM mempunyai 4 bangunan utama. Pada awal tahun pembukaannya dengan hanya 360 orang bilangan pelajar iaitu Pelajar Tingkatan 1 sebanyak 240 orang (6 kelas), Tingkatan 2 sebanyak 120 orang (3 kelas), Pentadbir seramai 4 orang, Guru seramai 17 orang dan Staf sokongan seramai 4 orang, SMKBM telah berjaya membentuk imej yang cemerlang dan mempunyai bilangan pelajar yang semakin bertambah sehingga kini seramai lebih kurang 1600 orang pelajar.

Semenjak 2008, SMKBM menjalankan 2 sesi persekolahan bagi menampung bilangan pelajar tersebut. SMKBM turut mempunyai pelbagai presarana yang memberi ruang kepada anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan suasana pembelajaran yang kondusif dan ceria. SMKBM juga menempatkan pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dalam aliran perdana dan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi.

Kini, warga SMKBM berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai visi dan misi sekolah dan berhasrat menjadi sekolah berprestasi tinggi kelak.

  • Hari ini Dalam Hijrah:  
  • Hari ini Dalam Masihi:  
  • Jam: